Sedang sedap bersembang dalam kereta mewah seorang ratu ni iaitu dalam perjalanan balik ke LRT Kelana Jaya, PAGEANTIsland ternampak papan iklan bukan main megah dan besar di tepi jalan dekat dengan simpang ke Taman Bahagia.
Walaupun turun di Kelana Jaya, PAGEANTIsland gagahkan jugak patah balik dan berjalan kaki pergi ke arah billboard ini dan ambil gambar. Gambar ini PAGEANTIsland telah pun posted kat facebook Natalie Den Dekker (tuan punye muka).
Memang cun!, memang lawa!....Teringin nak mintak tuan billboard ni, kalau iklan dah habis kontrak, sila buang poster giant ni kat rumah PAGEANTIsland, nak buat tutup atap Beauty Queen Gallery, boleh?!. nak bagi penumpang dalam kapal terbang yang lalu lalang kat Pulau Langkawi ni dapat tengok dari atas!...hahaha